Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Maktab Perguruan. Bagi calon - calon yang akan menghadiri UJIAN KELAYAKAN CALON GURU untuk memasuki Institut Pendidikan Guru atau IPG, berikut adalah Contoh Soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Soalan INSAK lebih kearah soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang seharusnya dimiliki oleh seorang guru.

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU  ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :
A. SESI UJIAN BERTULIS. 

  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL . 

  • Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. 
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali 

Pendidikan Jasmani.

  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan 

C. SESI UJIAN AMALI. 

  • Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG. 

3.  SESI TEMU DUGA 

  • Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga. 
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 


Contoh Soalan UKCG
1)  Isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan?kenapa?
2) PIPP – apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan,bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas dan fahami setiap elemen dalam PIPP
3) 1Malaysia - apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilansosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan,kesetiaan,….apa beza 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia.
4) Sila hafal nama menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran.
5) Apakah cabaran guru?
6) Simple question-kenapa minat jadi cikgu?
7) Apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari
8) Siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan
9) Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.
10) Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.





Untuk lebih banyak Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) boleh layari DISINI

Nota Peringatan: Soalan ini bukan soalan sebenar, ianya hanya sebagai dan bertujuan perkongsian dan panduan sahaja.



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)"

Post a Comment