Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Terbaik dan Mudah

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Terbaik dan Mudah. Disini contoh surat notis berhenti kerja (resignation letter) dimana contoh surat adalah dalam dalam Bahasa Malaysia untuk panduan bagi mereka yang ingin berhenti kerja.  Tempoh Notis perletakan jawatan  bergantung kepada kontrak yang tertera semasa penerimaan tawaran pekerjaan samada tempoh satu bulan, notis perberhentian 24 jam atau sebagainya.

surat berhenti kerja


Contoh Surat 

Rahman Bin Mustafa kamal
Batu 5 Jalang Batak Rabit
Teluk Intan,
Perak.


Kepada : Pengurus Sumber Manusia
Cahaya Gemilang SDN BHD.                                         18 April 2013

Puan,

PER : PERLETAKAN JAWATAN
                         
Merujuk perkara di atas, saya Rahman Bin Mustafa Kamal, bertugas sebagai kerani pentadbiran ingin memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang permohonan saya untuk meletak jawatan dengan notis satu bulan bermula pada 18 April 2013 hingga 18 Mei 2013.

Dengan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak untuk saya berhenti bekerja dengan serta merta. Saya memohon maaf kerana kesulitan ini amatlah dikesali.

Oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________________
(Rahman Bin Mustafa kamal)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Terbaik dan Mudah"

Post a Comment