Semakan IPG

Semakan IPG: Semakan Keputusan UKCG IPG 2017 Online
Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak mengikut ketetapan berikut :

Tarikh Semakan UKCG : 4 April 2017 sehingga 21 April 2017
Tarikh UKCG dijalankan : dari 9 hingga 21 April 2017

Calon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM.

Cara Membuat Semakan UKCG

Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Aplikasi Permohonan PISMP (Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan bermula tarikh semakan yang dinyatakan)

Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan nama calon berjaya untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Calon yang terpilih mesti menduduki dan lulus Ujian Kelayakan Guru (UKCG) sebelum layak untuk ke peringkat tapisan seterusnya iaitu Temuduga.

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Yang Perlu Dilalui

Sesi Ujian Bertulis.

Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

Sesi Ujian Kecergasan Fizikal

Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.

Sesi Ujian Amali. (Dilaksanakan Semasa Temu duga)

Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semakan IPG"

Post a Comment